Friday, March 23, 2012

Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak ...

SUBJEK PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK..



Jom kita lihat apa yang diajar dlm subjek ini!

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada  pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 


OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus  ini pelajar-pelajar akan  dapat :

1. Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan 
pusat pendidikan awal kanak-kanak.
2. Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan. 
3. Menghasilkan serta melaksanakan idea-idea yang proaktif,  
inovatif dan kreatif  memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak. 
4. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Apa itu Pengurusan???

Sebelum meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan secara menyeluruh, seseorang itu haruslah memahami dengan lebih jelas tentang organisasi dan ciri-cirinya. Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

Apabila organisasi telah diwujudkan, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.

Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.

Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat".

* Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

- Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

- Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).

Fungsi Pengurusan..

Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:
  • Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.
  • Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
  • Memimpin/memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.
  • Mengawal/mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

0 bicara kita:

 

DUNIA LOLIPOP Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting